KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu bersatu padu dalam usaha bagi memastikan sasaran 60 peratus penyertaan tenaga kerja wanita dalam pasaran tenaga buruh yang ditetapkan kerajaan tercapai tahun depan.
Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Rojanah Kahar berkata program pemerkasaan wanita masih perlu dipertingkatkan walaupun ketika ini kerajaan sudah melakukan transformasi ke arah memperkasa golongan itu.