KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi ihsan (care economy) sebagai usaha meningkatkan penyertaan mereka dalam pasaran tenaga kerja bagi tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Parlimen pada Isnin berkata, usaha berkenaan juga boleh menangani cabaran penyusutan guna tenaga kesan daripada trend negara menua.